Penguasaan Tulisan Jawi di Kalangan Pelajar UPM

Ismail, Aziah (2000) Penguasaan Tulisan Jawi di Kalangan Pelajar UPM. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1728Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat tentang penguasaan tulisan Jawi di kalangan pelajar UPM. Responden kajian ini terdiri daripada 160 orang pelajar UPM bagi semester Mei sesi 1999 / 2000 yang mempunyai peJbagai latar belakang tulisan Jawi dan sedang mengikuti program Bacelor daripada pelbagai fakulti. Mereka mengambil kursus BBM 3402 Sistem Tulisan Jawi. Latar belakang pendidikan Jawi responden diketahui menerusi jawapan borang soal selidik. Sementara itu, ujian penguasaan kemahiran Jawi digunakan untuk melihat penguasaan tulisan Jawi pelajar dalam beberapa aspek. Aspek-aspek tersebut termasuk kemahiran membaca Jawi, kemahiran menulis Jawi dan kemahiran mengeja Jawi. Seterusnya, kajian ini menggunakan teori Carney yang mengemukakan dua pendekatan untuk menghuraikan permasalahan ejaan, iaitu Filologi dan Fungsian. Dalam kajian ini, kedua-dua pendekatan tersebut iaitu Filologi dan Fungsian diaplikasi dan diubah suai bagi tujuan menghuraikan permasalahan sistem ejaan Jawi. Dapatan telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar melakukan kesalahan ejaan dalam beberapa aspek ejaan seperti penggunaan huruf Jawi, pengejaan mengikut hukum, pengejaan mengikut pola dan pengejaan berimbuhan. Kumpulan responden daripada latar belakang Pendidikan Tidak Formal didapati melakukan kesalahan yang lebih besar jumlahnya berbanding kumpulan responden daripada Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Agama dan Maktab Perguruan. Dapatan juga menunjukkan bahawa kesalahan aspek imbuhan paling banyak dilakukan oleh pelajar yang menjadi responden kajian ini. Ini diikuti oleh aspek jenis ejaan Jawi daripada akronim dan homograf. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa keseluruhan pelajar yang mengikuti program BBM 3402 masih mempunyai minat terhadap tulisan Jawi. Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah para pelajar harus didedahkan dengan peraturan-peraturan mengeja Jawi secara lebih terancang dan konsisten dalam pengajaran dan pembelajaran. Sistem ejaan Jawi terkini iaitu Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan harus dikuasai. Selain itu, penyeragaman dalam aspek ejaan yang lebih mantap harus diusahakan melalui kajian dan penyelidikan. Seterusnya, pelajar-pelajar perlu digalakkan menggunakan sistem ejaan Jawi yang baru (SEJYD) dalam penulisan mereka.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Jawi alphabet
Subject:Jawi alphabet - Writing
Chairman Supervisor:Mohd Hussein Baharuddin, PhD
Call Number:FBMK 2000 6
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:9915
Deposited By: Nur Kamila Ramli
Deposited On:24 Feb 2011 10:29
Last Modified:24 Feb 2011 10:31

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 24 Feb 2011 10:29.

View statistics for "Penguasaan Tulisan Jawi di Kalangan Pelajar UPM"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.