Satu Kajian Kes Tentang Masalah Remaja Sekolah dan Kaitannya dengan Pencapaian Akademik

Mohamed Noor, Noor Adiah (1998) Satu Kajian Kes Tentang Masalah Remaja Sekolah dan Kaitannya dengan Pencapaian Akademik. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1688Kb

Abstract

Kajian ini cuba meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh para remaja sekolah dan kaitannya dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga cuba memastikan sama ada terdapat perbezaan masalah yang dihadapi berdasarkan jantina, bangsa dan status sosio-ekonomi. Kajian ini juga cuba mengenalpasti pola rujukan pembimbing kalangan remaja apabila mereka menghadapi masalah. Penyelidikan ini merupakan kajian kes terhadap 230 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Taman Selayang (1), Batu Caves, Selangor. Data dikumpulkan melalui soal selidik latar belakang pelajar, soal selidik pola rujukan pembimbing dan Senarai Semak Masalah Mooney. Kaedah statistik yang digunakan dalam analisis data ialah analisis frekuansi, min dan peratusan, ujian-t, ujian ANOVA, Ujian Post Hoc Multiple Comparison LSD, dan ujian korelasi Pearson. Untuk semua ujian statistik, nilai alpha yang digunakan ialah .05. Hasil kajian mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar remaja ialah masalah akademik dan kerjaya. Analisis ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan masalah yang dihadapi berdasarkan jantina. Analisis ujian ANOVA menunjukkan bahawa, pada keseluruhannya terdapat perbezaan yang signifikan masalah yang dihadapi berdasarkan bangsa dan status sosio-ekonomi. Analisis ujian Post Hoc Multiple Comparison LSD menjelaskan bahawa perbezaan min yang signifikan lebih ketara antara pelajar Melayu dengan pelajar Cina, pelajar Melayu dengan pelajar India dan pelajar status sosio-ekonomi tinggi dengan pelajar status sosio-ekonomi rendah. Analisis ujian korelasi Pearson menjelaskan pada keseluruhannya terdapat hubungan yang sederhana antara masalah yang dihadapi dengan pencapaian akademik. Akhir sekali hasil kajian ini juga menjelaskan bahawa rakan merupakan pembimbing utama bagi pelajar remaja apabila mereka menghadapi masalah.

Item Type:Project Paper Report
Subject:High school students - Social aspects - Selangor - Case studies
Subject:Academic achievement - Selangor - Case studies
Subject:Adolescent psychology - Selangor - Case studies
Chairman Supervisor:Profesor Madya Dr. Rahil Hj. Mahyuddin
Call Number:FPP 1998 61
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9057
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:04 Jan 2011 07:45
Last Modified:27 Jul 2011 01:33

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 04 Jan 2011 07:45.

View statistics for "Satu Kajian Kes Tentang Masalah Remaja Sekolah dan Kaitannya dengan Pencapaian Akademik"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.