Pengaruh Kepuasan Kerja dan Faktor-Faktor Kerja ke Atas Prestasi Kerja di Bahagian Audit dan Akaun, Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia

Yaacob, Ahmad Nasir (1998) Pengaruh Kepuasan Kerja dan Faktor-Faktor Kerja ke Atas Prestasi Kerja di Bahagian Audit dan Akaun, Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
847Kb

Abstract

Ketidakpuasan terhadap persekitaran kerja selalunya dapat digambarkan melalui beberapa rungutan. Rungutan juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor kerja yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Manakala faktor kepuasan kerja dan faktor-faktor kerja itu sendiri mungkin mempengaruhi pula prestasi kerja kakitangan. Berdasarkan rungutan dari kakitangan di Bahagian Audit dan Akaun, Jabatan Pembangunan Koperasi (Ibu Pejabat), objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti hubungan kepuasan kerja dan faktor-faktor kerja dengan prestasi kerja di kalangan pegawai-pegawai Jabatan tersebut. Populasi kajian adalah seramai 48 orang responden, iaitu semua kakitangan di bahagian Audit dan Akaun. Pengumpulan data menggunakan borang soal selidik dan data yang diperolehi telah dianalisa dengan menggunakan program 'Statistical Package for Social Science (SPSS for window). Analisis kore1asi Pearson digunakan untuk menjelaskan hubungan dan kekuatan hubungan antara faktor-faktor kerja dengan prestasi kerja dan kepuasan kerja dengan prestasi kerja. Hasil kajian menunjukkan secara umumnya tahap kepuasan kerja bagi kebanyakan kakitangan (82%) di bahagian Audit dan Akaun adalah sederhana. Begitu juga dengan faktor-faktor kerja, 93% responden bersetuju secara sederhana bahawa faktor perhubungan antara kakitangan dan pihak atasan berperanan dalam meningkatkan prestasi kerja. Manakala dari aspek pre stasi kerja kebanyakan responden (95%) mempunyai prestasi ketja yang tinggi tetapi pencapaian prestasi itu tidak berhubung secara signifikan dengan faktor kepuasan kerja dan faktor-faktor kerja. Bagaimanapun secara khususnya, faktor ganjaran adalah penting untuk meningkatkan pre stasi kerja. Kajian mencadangkan bahawa pihak pengurusan wajar meningkatkan kepuasan kerja kakitangan dengan memperbaiki keadaan persekitaran kerja dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan hubungan antara kakitangan. Dari aspek perhubungan, ganjaran, sokongan dan struktur organisasi, perlu dipertingkatkan lagi keberkesanannya. Bagi penyelidik-penyelidik yang akan datang adalah dicadangkan supaya menggunakan kaedah soalan-soalan terbuka dan kualitatif yang mana mungkin boleh menyokong kajian ini kerana pernyataan-pernyataan lisan kakitangan akan menggambarkan situasi sebenar dan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Malaysia - Officials and employees
Subject:Job satisfaction - Malaysia
Subject:Employee motivation - Malaysia
Chairman Supervisor:Associate Professor Dr. Haji Saidin bin Teh
Call Number:FPP 1998 4
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8988
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:28 Dec 2010 03:40
Last Modified:25 Jul 2011 08:14

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.