Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar-Pelajar Dusun

Dani, Noor Ainah (1993) Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar-Pelajar Dusun. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1800Kb

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan memperinci pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran bahasa Melayu pelajar-pelajar suku kaum Dusun di Sabah. Kajian ditadbir ke atas sejumlah 109 pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, dalam daerah Ranau, Sabah. Kajian ini menggunakan karangan para pelajar yang di tulis dalam situasi pembelajaran formal, pertuturan bahasa Melayu di dalam kelas dan jawapan jawapan kepada soal selidik yang diberi di penghujung sesi kajian. Dapatan tentang analisis kandungan ke atas karangan pelajar yang dihasilkan dalam proses pembelajaran secara formal menunjukkan bahawa proses pengganti an fonem vo kal bahasa Melayu dalam aspek leksikal paling banyak dipengaruhi oleh bahasa ibunda. Dalam aspek ayat, pengaruh tersebut diw akili oleh binaan ayat yang mengalami proses pendepanan kata kerja atau kata hubung. Pengaruh seperti pemindahan bahasa ibunda paling ketara dalam aspek makna kata bahasa Melayu Selanjutnya, pemerhatian ke atas aspek pertuturan bahasa Melayu para pelajar membuktikan bahawa bunyi hentian glotis /7/ bahasa Dusun paling kerap terdapat pada kata dasar dan kata berimbuhan. Di samping itu fenomenon percampuran kod bahasa Melayu-Dusun terutama yang terdiri daripada jenis Ayat Tanya turut di kesan. Dalam proses pembelajaran secara tidak formal tinjauan telah dilakukan berdasarkan soal selidik. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa unsur ekstra linguistik bahasa ibunda yang paling dominan ialah pendedahan bahasa. Dengan kata lain, kualiti pendedahan bahasa Melayu pelajar adalah rendah. Selain itu terdapat dua strategi pembelajaran bahasa yang biasa digunakan oleh para pelajar. Pelajar-pelajar yang kerap menggu nakan bahasa Melayu sebagai bahasa seharian mengutamakan Strategi Kesediaan Melakukan Kesalahan Bahasa. Pelajar-pelajar yang jarang menggunakan bahasa Melayu pula lebih mengenali Strategi Latihan Selari.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Malay language - Dialects
Subject:Malay language - Dialects - Ranau - Sabah - Case studies
Subject:Dusun language - Dialects
Chairman Supervisor:Professor Abdul Hamid Mahmood, PhD
Call Number:FPP 1993 3
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8888
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:23 Dec 2010 08:37
Last Modified:08 Sep 2011 08:47

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 23 Dec 2010 08:37.

View statistics for "Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar-Pelajar Dusun"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.