UPM Institutional Repository

Cerita rakyat kaum Bajau Semporna, Sabah : suatu analisis citra masyarakat


Citation

Bandan, Abdul Halim (1999) Cerita rakyat kaum Bajau Semporna, Sabah : suatu analisis citra masyarakat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini merupakan satu penyelidikan tentang cerita rakyat kaum Bajau di daerah Sempoma yang dianalisis dengan menggunakan Pendekatan Sosiologi. Sebanyak 15 buah cerita dijadikan sampel kajian dalam usaha untuk mengenali lebih jelas tentang pola-pola sosiologi yang merangkumi unsur sosial (dari aspek kepercayaan, peketjaan, penggunaan masa, tingkah laku, keselamatan awam, pemikiran, moral, keluarga, citacita, persekitaran, agama dan lain-lain), unsur politik dan unsur ekonomi kaum Bajau. Semua bahan dan maklumat dalam kajian ini diperolehi daripada informan pelbagai golongan. 15 buah cerita daripada 6 orang informan atau pencerita dan maklumat tentang latar belakang kaum Bajau serta penduduk Sabah daripada tokoh-tokoh sejarah tempatan, individu tertentu dan pengalaman pengkaji sendiri sebagai anggota masyarakat kaum Bajau di Semporna, selain kaedah kepustakaan dipelbagai tempat. Kaedah penganalisisan menggunakan teori Alan Swingewood (1972), seorang peneliti ilmu sosiologi dalarn sastera. Dapatan kajian menunjukkan masyarakat kaum Bajau memiliki ciri-ciri masyarakat yang sarna dengan bangsa Melayu yang \lain dan menjelaskan bahawa kaum Bajau adalah berbangsa Melayu Jati. Mereka merupakan sebahagian bangsa Melayu yang kini berada di seluruh Kepulauan Melayu. (Semenanjung Malaysia, Kepulauan Indonesia, Selatan Thai, Singapura, Brunei Darussalam, Kepulauan Borneo dan Kepulauan Filipina). Persarnaan asal usul kaum Bajau dengan bangsa Melayu merangkumi sastera tradisi lisannya lebih meyakinkan apabila meneliti hasil kajian ini.


Download File

[img] PDF
FBMK_1999_2_A.pdf

Download (770kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Folk literature, Malay
Call Number: FBMK 1999 2
Chairman Supervisor: Tuan Haji Taha Abd Kadir, M. Ed.
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 17 Dec 2010 01:16
Last Modified: 24 Jan 2024 07:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8746
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item