UPM Institutional Repository

Perubahan Struktur Kata Tunggal Bahasa Melayu Mengikut Aliran


Citation

Daing Melebek, Abdul Rashid (2004) Perubahan Struktur Kata Tunggal Bahasa Melayu Mengikut Aliran. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan struktur kata tunggal bahasa Melayu mengikut aliran, iaitu Tradisional, Struktural, dan Tranformasi Generatif. Ketiga-tiga aliran tersebut dianuti oleh penulis-penulis buku teks tatabahasa yang dikaji sesuai dengan sistem masa yang mereka lalui seperti Pelita Bahasa Melayu 1 oleh Za’ba (1958), dan Tatabahasa Baru Melayu / Indonesia oleh Sutan Takdir Alisjahbana (1963) (Aliran Tradisional), Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar (1980) (Aliran Struktural dan Sistemik), dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim, et. al., (1993) (Aliran Transformasi Generatif dan bercampur dengan Tradisional dan Struktural). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan buku-buku yang terpilih dan sumber daripada informan. Analisis kandungan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk meneliti perubahan kata tunggal bahasa Melayu mengikut aliran. Selain itu, penyelidik menggunakan kaedah temu bual dengan beberapa orang informan yang terpilih untuk mendapatkan maklumat tentang kekuatan pegangan aliran tatabahasa yang menjadi anutan penulis-penulis teks yang dikaji. Kaedah analisis kandungan dibahagikan kepada lima, iaitu persampelan, kategori, unit catatan, unit konteks, dan sistem perhitungan. Sistem perhitungan menggunakan Pengekodan Binari. Penyelidik menggunakan Teori Carney (1994) dengan dua pendekatan, iaitu Filologi dan Fungsian dan deskripsi bahasa dengan tiga aliran, iaitu Tradisional, Struktural, dan Transformasi Generatif. Selain itu, kaedah menemu bual informan, penyelidik menggunakan pendekatan “Hermeneutic phenomenology, iaitu pendekatan yang mampu memberikan maklumat yang sebenarnya berdasarkan pengalaman seseorang terhadap sesuatu perkara atau peristiwa. Teknik perbualan terbuka digunakan semasa pengumpulan data daripada informan. Perbualan dirakamkan melalui pita rakaman dan ditranskrip secara vervatim. Analisis bermula sebaik sahaja data dikumpul. Analisis terperinci kemudiannya dijalankan untuk mendapatkan tema dan kategori. Tema telah dikategorikan kepada tiga, iaitu aliran Tradisional, aliran Struktural, dan aliran Transformasi Generatif. Penyelidikan ini telah memaparkan beberapa perubahan yang sememangnya berlaku terhadap bahasa Melayu dalam aspek perubahan makna kata tunggal, perubahan struktur dan perbandingan struktur kata tunggal bahasa Melayu empat buah teks tatabahasa yang dikaji. Perubahan ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu adalah bersifat hidup, berkembang dan berubah dari semasa ke semasa. Selain itu, penyelidik dapat menunjukkan dengan jelas tentang kekuatan pegangan aliran tatabahasa yang dianuti oleh penulis-penulis teks yang dikaji. Oleh sebab bahasa Melayu bersifat hidup, maka pengguna-pengguna yang ingin menguasai bahasa ini dengan baik, maka mereka haruslah sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan yang dilaluinya dari semasa ke semasa.


Download File

[img]
Preview
PDF
549557_FBMK_2004_3.pdf

Download (127kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Malay language - Phonology
Call Number: FBMK 2004 3
Chairman Supervisor: Professor Madya Noor Aina bt Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Users 17 not found.
Date Deposited: 23 Oct 2008 15:37
Last Modified: 27 May 2013 06:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/659
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item