Citra Wanita dalam Novel-Novel Melayu daripada Perspektif Pengarang Wanita

Mohd Zubir, Siti Khariah (2004) Citra Wanita dalam Novel-Novel Melayu daripada Perspektif Pengarang Wanita. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
111Kb

Abstract

Tesis ini bertujuan untuk mengkaji persoalan citra wanita yang berkaitan dengan sosiopolitik, sosioekonomi dan sosiobudaya yang terdapat dalam lima belas buah novel yang ditulis oleh pengarang wanita. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan empat jenis teori atau pendekatan, iaitu feminisme, psikologi, sosiologi dan pendekatan moral. Objektif kajian ini dibahagikan kepada tiga, iaitu untuk menganalisis, mengenal pasti dan memperlihatkan dengan jelas citra wanita yang terdapat dalam novel-novel yang dipilih dari aspek sosiopolitik, sosioekonomi dan sosiobudaya. Kedua, menganalisis watak-watak wanita yang memperjuangkan emansipasi wanita. Ketiga, menerapkan pendekatan moral bagi menganalisis watak-watak wanita yang terdapat dalam novel-novel yang dikaji. Perbincangan tesis ini pada peringkat awalnya didasarkan kepada penyelidikan yang telah dibuat melalui beberapa sorotan literatur yang lepas tentang pengarang wanita dan hasil karya mereka. Rata-rata didapati bahawa para pengarang wanita ini membawa persoalan emansipasi wanita dan menerapkan nilai-nilai moral kepada watak-watak wanita yang terdapat dalam karya mereka. Seterusnya, tesis ini menganalisis citra wanita dalam sosiopolitik yang memaparkan gambaran citra berwawasan, berkarisma dan berwibawa yang diperlihatkan oleh pemimpin melalui watak-watak wanita dalam novel-novel yang dikaji. Manakala penganalisisan tentang citra wanita dalam sosioekonomi berdasarkan kepada gambaran empayar perniagaan, inovatif, kreatif dan efisien diguna pakai untuk menggambarkan citra seorang usahawan, guru dan pekerja pejabat yang rajin, bersungguh-sungguh, cekap, amanah dan mengikut peraturan apabila menjalankan tugas. Kajian ini juga menganalisis citra wanita dalam sosiobudaya yang memperkatakan tentang hubungan wanita dengan aktiviti masyarakat yang berkaitan dengan hak kebebasan, berusaha ke arah kecemerlangan, moral negatif dan tanggungjawab. Daripada kajian ini dapat dirumuskan bahawa persoalan wanita dalam sosiopolitik, sosioekonomi dan sosiobudaya terus wujud dalam masyarakat selagi manusia boleh bernafas dan berada di muka bumi ini.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Women in literature
Chairman Supervisor:Haji Ramli Bin Isin, PhD
Call Number:FBMK 2004 2
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:656
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:22 Oct 2008 13:19
Last Modified:27 May 2013 06:49

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 22 Oct 2008 13:19.

View statistics for "Citra Wanita dalam Novel-Novel Melayu daripada Perspektif Pengarang Wanita"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.