Citra Manusia Dan Kemanusiaan Dalam Puisi Melayu Moden Di Malaysia

Omar, Ani (2005) Citra Manusia Dan Kemanusiaan Dalam Puisi Melayu Moden Di Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
831Kb

Abstract

Puisi adalah f&ran dan hati nurani jiwa penyair, Melalui bahasa yang padu, indah dan puitis terungkaplah segala persoalan dan mesej yang hendak disampaikan. Kajian dan penyelidikan "Citra Manusia dan Kemanusiaan" menuntut pengkaji menyelami dan memasuki dunia kepenyairan mengikut citra yang telah difokuskan, tambahan pula situasi semasa dengan gelombang globalisasi yang m e l d telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam kemajuan kehidnpan serta ketamadunan manusia turut juga mempengaruhi segala yang berkaitan dengannya. Kajian ini juga mat bertepatan dengan mesej yang hendak disarnpaikan melalui 24 buah kurnpulan puisi yang telah dipilih sebagai bahan asas penyelidikan. Seperti yang diketahui genre kesusasteraan khususnya puisi berfimgsi untuk pembentukan peradaban manusia serta pembangunan sahsiah dan mod. Mengkaji puisi bermakna rnengkaji sosio budaya masyarakat sesebuah bangsa dan negara di mana di dalarnnya terangkurn juga isu-isu antarabangsa yang menyentuh persoalan manusia dan kemanusiaan sejagat. Persodan ini perlu dilihat kerana pergolakan dunia yang dipenuhi dengan isu kezaliman dan kekejaman seperti mana yang berlaku di Bosnia-Herzegovina, Iraq, Palestin, Samalia, Rohingya dan di merata tempat lain di mana manusianya menderita akibat kezaliman manusia itu sendiri. Tragedi 11 September 2001 telab terjawab, hasil dari penyelidikan ini mendapati keganasan yang berlaku kononnya dicetuskan oleh pelampau Islam seperti yang didakwa oleh Amerika sebenarnya adalah kerana kesombongan dan keangkuhan serta kezaliman mereka sendiri. Kajian ini juga merangkumi pelbagai citra atau isu-isu manusia dan kemanusiaan dari perspektif keagamaan dan keduniaan secara global iaitu dunia tanpa sempadannya Kemajuan sains dan teknologi dengan kecanggihan teknologi komunikasi yang bukan sahaja telah memajukan tamadun manusia malah turut memporak peranda dan menjahanamkan kehidupan manusia. Melalui penggunaan teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (SPB4L) yang telah diasaskan oleh Mohd Yusof Hasan dengan menerapkan kaedah 4 jenis pemikiran secara saintif% iaitu pemikiran luhur, pemikiran lahir, pemikiran log& dan pemikiran lateral yang telah diaplikasikan, penyelidikan ini telah dapat mengenal pasti aspek-aspek citra manusia dan kemanusiaan yang telah diungkapkan dalarn 24 kumpulan puisi yang dipilih. Pelbagai citra manusia yang telah dikaji seperti citra manusia yang luhur iaitu manusia sebagai khalifah dm citra manusia sebagai hamba Allah S.W.T yang wajib menjalankan tugas sebagai insan kamil di dunia yang fana ini dengan berperanan menyeru ke arah kebaikan dan menjauhi segala larangan, Citra manusia juga merangkumi manusia berfiran lahir sebagai pemimpin, manusia sebagai tokoh, citra manusia lelaki, wanita dan citra manusia sebagai pembela agama, bangsa dan tanah air yang telah menjalankm tugas dengan penuh bertanggung jawab, kornited dengan peranan dan tugas yang telah diarnanahkan. Berdasarkan pemikiran log& citra kemanusiaan, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Pemikiran log& telah menyaksikan persekitaran kehidupan manusia yang rencam dengan pelbagai situasi masa kini dirnana terdapat manusia yang penuh dengan sifat kemanusiaan seperti bersimpati, bersabar, mengasihani dan tidak kurang juga yang tidak berperikemanusiaan seperti zalirn, kejam, sombong, bongkak dan takbur. Penyelidikan ini juga telah menganalisis 2781 buah puisi yang telah diungkapkan dengan pelbagai gaya bahasa dari pemikiran lateral penyair dan pengkaji mendapati sebanyak 1179 (42.4%) puisi adalah mengenai citra manusia dan 482 (17.3%) puisi adalah mengenai kemanusiaan, dan yang selebihnya sebanyak 1 120 (40.3%) buah puisi adalah yang tidak berkaitan dengan tajuk kajian. Dengan itu pengkaji mendapati citra manusia lebih dorninan penyuaraannya dari penyair berbanding dengan citra kemanusiaan. Melalui penerapan dan pengaplikasian Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (Luhur, Lahir, Logik dan Lateral) penyelidikan ini juga telah membuktikan bahawa untuk membina tamadun manusia yang tinggi dm negara yang maju jaya terutama menjelang Wawasan 2020, manusia di dalarnnya haruslah seimbang bukan sahaja dari segi kecerdikan (IQ), dengan berfikir secara log& malah haruslah dilengkapi dengan jiwa yang luhur menginsafi diri sebagai hamba dan khalifh Allah S.W.T, bertanggung jawab sebagai manusia yang lahir dengan amanah (SQ), serta menghargai segala ciptaan dan keindahan dengan &an lateral (EQ) iaitu membina hubungan yang baik penuh sifat-sifat kemanusiaan sesama manusia, dengan dam dan hubungan yang baik dengan makhlukmakhluk yang lain. Tegasnya, penyelidikan ini amat bermakna kerana manusia dengan segala keistimewaan yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Pencipta berbanding dengan mWuk yang lain mudah lupa dan masih tidak menginsafi akan hakikat kehidupan hi. Kemanusiaan yang positif telah melengkapkan manusia dengan sifat-sifat luhur, lahir, log& dan lateral namun bukan semua yang berkeadaan demikian, mengikut pemikiran logik, manusia dalam kehidupan ini ramai juga yang berhati kejam, tidak bertimbang ma, rakus, mementingkan diri sendiri yang boleh dikategorikan sebagai kemanusiaan yang negatif atau tidak berperikemanusiaan, namun ia boleh dijadikan ikhtibar dan perbandingan supaya manusia lebih merasa insaf akan kekerdilan diri sebagai seorang hamba dan khalifah Allah S. W.T. Penyelidikan ini juga diharap dapat dijadikan rujukan, panduan dan mengingatkan manusia bahawa hidup ini hanyalah sementara, tiada manusia yang kekal di dunia ini sampai masa akan kembali kepada Yang Maha Pencipta, dunia ini hanyalah pinjaman oleh itu jika manusia merasa bongkak, besar diri dan berkuasa, manusia tidak akan dapat melawan ketentuan Ilahi yang boleh mengambil apa sahaja dalam sekelip mata yang telah dipinjamkan kepada manusia. Walaupun isu manusia dan kemanusiaan sering diperkatakan namun ia berbeza kerana perubahan masa dan keadaan turut merubah citra, pemikiran, persoalan dan sekali gus mempengaruhi corak kehidupan manusia dan kemanusiaan dari pelbagai aspek. Justeru, penyuaraannya di dalam puisi tidak akan ada noktahnya dan kajian mengenainya perlu terus dijalankan demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Humanitarianism in literature
Subject:Humanity in literature
Subject:Malay poetry - Malaysia
Chairman Supervisor:Samsina Binti Haji Abdul Rahman, PhD
Call Number:FBMK 2005 5
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:5858
Deposited By: Nur Izzati Mohd Zaki
Deposited On:05 May 2010 08:31
Last Modified:27 May 2013 07:25

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 May 2010 08:31.

View statistics for "Citra Manusia Dan Kemanusiaan Dalam Puisi Melayu Moden Di Malaysia "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.