Perbandingan Sistem Penalti dan Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah

Zainal, Khalim (2004) Perbandingan Sistem Penalti dan Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
107Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan Program Sistem Penalti (PSP) sebagai satu kaedah pengurusan disiplin bilik darjah berdasarkan persepsi guru dan pelajar. PSP merupakan satu kaedah pengurusan disiplin yang menggunakan mata penalti untuk setiap kesalahan disiplin pelajar. Keberkesanan Program Sistem Penalti yang dilihat ialah terhadap aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum, kekerapan tingkah laku vandalisme, ponteng, datang lewat dan masalah disiplin lain. Perbandingan keberkesanan bagi aspek-aspek tersebut telah dilakukan dengan Program Disiplin Konvensional (PDK) iaitu program yang digunakan oleh kebanyakan sekolah dalam menguruskan disiplin bilik darjah. Sampel kajian terdiri daripada 354 pelajar tingkatan empat dan 100 orang guru di sebuah sekolah yang melaksanakan PSP di daerah Ampang Selangor. Bagi tujuan perbandingan 360 pelajar tingkatan empat dan 95 orang guru di sebuah sekolah yang mengikuti pengurusan disiplin PDK telah dipilih. Pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik untuk guru dan pelajar bagi kedua-dua sekolah manakala temu bual diadakan terhadap 20 daripada 100 orang guru yang terlibat dengan PSP sahaja. Pekali Cronbach Alpha telah digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen. Data-data dianalisis menggunakan min dan peratusan bagi melihat keberkesanan PSP dan PDK terhadap aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum, vandalisme, ponteng, datang lewat dan masalah disiplin lain. Manakala ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan kesan berdasarkan persepsi guru dan pelajar terhadap aspek-aspek yang dikaji di antara PSP dengan PDK. Di samping itu rekod disiplin dan rekod pencapaian akademik sekolah yang melaksanakan PSP dan PDK akan dibandingkan untuk melihat keberkesanan kedua-dua program pengurusan disiplin pelajar. Dapatan kajian menunjukkan PDK lebih berkesan daripada PSP terhadap aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum [PSP min = 2.99, PDK min = 3.15]. Ini adalah kerana semakin tinggi min bagi aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum semakin berkesan PSP/PDK terhadap aspek tersebut. Bagi aspek vandalisme, ponteng, datang lewat dan masalah disiplin lain pula semakin rendah min, semakin berkurangan tingkah laku tersebut kesan pengurusan disiplin PSP/PDK. Dapatan menunjukkan PDK lebih berkesan daripada PSP terhadap tingkah laku vandalisme [PSP min = 2.79, PDK min = 1.77], ponteng [PSP min = 2.39, PDK min = 2.08] dan datang lewat [PSP min = 2.52, PDK min = 2.03] mengikut persepsi guru. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan kesan yang signifikan bagi aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum [t (193) = -2.540, p < 0.05], vandalisme [t (193) = 16.707, p < 0.05], ponteng [t (193) = 3.664, p < 0.05] dan datang lewat [t (193) = 6.830, p < 0.05] antara PSP dengan PDK. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek masalah disiplin lain [t (193) = -1.902, p > 0.05] antara PSP dan PDK mengikut persepsi guru. Mengikut persepsi pelajar, PDK lebih berkesan daripada PSP terhadap aspek tingkah laku vandalisme [PSP min = 2.06, PDK min = 1.92], ponteng [PSP min = 2.87, PDK min = 2.58], datang lewat [PSP min = 2.41, PDK min = 2.22] dan masalah disiplin lain [PSP min = 2.42, PDK min = 2.26]. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan kesan yang signifikan antara PSP dan PDK terhadap aspek vandalisme [t (712) = 3.949, p < 0.05] ponteng [t (712)= 5.117, p <0.05], datang lewat [t (712) = 4.446, p < 0.05] dan masalah disiplin lain [t (712) = 3.766, p < 0.05]. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara PSP dan PDK bagi aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum [t (712) = - 0.089, p > 0.05] mengikut persepsi pelajar. Berdasarkan rekod disiplin, didapati sekolah yang melaksanakan PSP lebih berkesan mengurangkan salah laku disiplin berbanding sekolah yang melaksanakan PDK. Kadar pengurangan salah laku vandalisme (0.1% hingga 0.6%), ponteng (0.1% hingga 8.1%), datang lewat (1.3% hingga 6.0%) dan masalah disiplin lain (0.1% hingga 4.7%) bagi sekolah yang melaksanakan PSP. Manakala bagi PDK kadar pengurangan ialah vandalisme (0.1% hingga 0.3%), ponteng (0.1% hingga 1.9%), datang lewat (0.2% hingga 2.9%) dan masalah disiplin lain (0.5% hingga 3.5%). Kesimpulannya kajian ini menunjukkan PSP lebih berkesan mengurangkan salah laku disiplin pelajar berbanding PDK. Ini menunjukkan walaupun PSP menggunakan mata penalti sahaja tetapi keberkesanannya mengatasi PDK sedangkan PDK menggabungkan dendaan dan peneguhan.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:School discipline - Administration - Selangor.
Chairman Supervisor:Professor Madya Rohani Ahmad Tarmizi, PhD
Call Number:FPP 2004 25
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:515
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:14 Oct 2008 18:15
Last Modified:27 May 2013 06:48

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 14 Oct 2008 18:15.

View statistics for "Perbandingan Sistem Penalti dan Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.