Kesesuaian Novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Alias, Maridah (2005) Kesesuaian Novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
150Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat dan rumusan tentang unsur-unsur yang membentuk struktur penceritaan novel-novel komponen sastera dan menemukan kesesuaiannya dengan kurikulum. Melalui 20 buah novel yang dijadikan bahan kajian menggunakan pendekatan strukturalisme dan psikoanalisis diharapkan dapat menemukan rumusan yang memperkukuh lagi kenyataan bahawa struktur penceritaan novel-novel yang dikaji bersesuaian dengan kurikulum khususnya kurikulum Bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis aspek-aspek dalaman dalam novel-novel yang menjadi bahan kajian. Seterusnya, penelitian ditumpukan kepada kesesuaian aspek-aspek dalaman novel dengan kurikulum. iv Penyelidikan ini menyentuh tentang beberapa kajian lalu yang menjurus ke arah kajian struktur yang menjadikan novel sebagai bahan kajiannya. Perbicaraan tentang peranan penggunaan novel komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu turut dibincangkan dengan memberi tumpuan terhadap peranan dan fungsi novel kepada pelajar. Di samping memberi hiburan dan pengajaran, melalui pembacaan novel juga dapat memupuk minat membaca, membina nilai moral positif pelajar dan memupuk semangat kewarganegaraan di kalangan pelajar. Kajian ini juga menganalisis aspek-aspek dalaman yang menjadi kekuatan dalam pemilihan novel yang merangkumi tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa dari sudut sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Aspek ini diteliti sewajar mungkin untuk melihat kaitan dan hubungan yang membentuk struktur penceritaannya. Seterusnya, hasil penganalisisan, pengkaji menemukan kesesuaian aspek-aspek dalaman novel dengan kurikulum yang didasari oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Novel yang sesuai dengan dasar kurikulum penting untuk mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkan.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Malay language - Study and teaching
Chairman Supervisor:Associate Professor Hj. Ramli @ Sahari bin Isin, PhD
Call Number:FBMK 2005 21
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:50
Deposited By: Siti Khairiah Yusof
Deposited On:29 Apr 2008 21:33
Last Modified:27 May 2013 06:45

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 29 Apr 2008 21:33.

View statistics for "Kesesuaian Novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.