Analisis Temporal Aksi Servis Sila dan Servis Kuda dalam Sepak Takraw

Abdullah, Borhannudin (2004) Analisis Temporal Aksi Servis Sila dan Servis Kuda dalam Sepak Takraw. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
147Kb

Abstract

Servis kuda ialah teknik servis yang baru dalam sukan sepak takraw. Teknik servis ini diperkenalkan di peringkat antarabangsa oleh pasukan Thailand pada tahun 1995. Servis kuda dilakukan dengan aksi plantar fleksi kaki dan bahagian kekura kaki ketika fasa kontek bola-kaki. Bahagian anatomi kaki tersebut memberi permukaan kontek yang lebih luas berbanding permukaan kontek servis sila tradisi kepada sukan sepak takraw. Secara teknikal, mekanik servis kuda memberi kelebihan respon dalam aspek-aspek kestabilan kontek bola-kaki dan halaju bola pascakontek. Kajian ini bertujuan membandingkan ciri-ciri kinematik servis kuda dengan servis sila melalui analisis video fasa-fasa temporal berikut; (i) fasa prakontek, (ii) fasa kontek dan (iii) fasa pascakontek. Fasa prakontek melibatkan aksi pengumpan memegang bola dalam keadaan statik serta aksi tekong dalam keadaan sedia untuk menerima umpanan bola. Fasa kontek bermula sebaik sahaja bola dilepaskan daripada tangan pengumpan sehingga berlaku kontek bola-kaki oleh pemain tekong. Fasa pascakontek pula merangkumi pergerakan bola melepasi kaki tekong sehingga ke pemain penerima pasukan lawan. Parameter respon yang utama dalam fasa ini adalah halaju bola yang diservis oleh tekong. Selain tujuan yang disebutkan, kajian ini turut meninjau ciri-ciri temporal servis ace dan servis laju bagi kedua-dua teknik servis kuda dan servis sila. Data kinematik bagi kajian ini diproses daripada rakaman video pertandingan sepak takraw semasa temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2001. Daripada data tersebut, analisis temporal dua-dimensi dilakukan dengan bantuan perisian ADOBE PREMIERE. Fokus utama analisis temporal adalah terhadap masa pergerakan bagi setiap aksi utama berdasarkan fasa-fasa temporal yang telah ditetapkan.Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa perbezaan signifikan ciri-ciri temporal servis kuda dan servis sila adalah semasa perlakuan fasa prakontek [F (1,18) = 4.946; p < .05] dan fasa kontek [F (1,18) = 73.042; p < .05].Perbandingan ciri-ciri temporal bagi fasa pascakontek untuk kedua-dua teknik servis tersebut tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan.Perbandingan ciri temporal antara servis laju dan servis ace bagi kedua-dua servis kuda dan servis sila juga tidak menunjukkan perbezaan signifikan untuk fasa-fasa prakontek, kontek dan pascakontek. Kesimpulannya, perbezaan temporal yang wujud antara teknik servis kuda dan servis sila adalah terbatas kepada mekanik persiapan servis sahaja.Dalam aspek servis ace dan servis laju bagi kedua-dua teknik servis tersebut, perbezaan hasil aksi didapati disebabkan oleh ciri-ciri temporal servis. Variable prestasi yang berpotensi menyebabkan perbezaan antara servis kuda dan servis sila ialah kekangan persepsi. Bagi menguji andaian tersebut, beberapa cadangan bagi mempertingkatkan tahap penyelidikan dalam bidang ini turut dibincangkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Takraw - Malaysia.
Subject:Sports - Malaysia.
Chairman Supervisor:Mohd Khairi bin Zawi, PhD
Call Number:FPP 2004 31
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:312
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:05 Jun 2008 15:13
Last Modified:27 May 2013 06:47

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 Jun 2008 15:13.

View statistics for "Analisis Temporal Aksi Servis Sila dan Servis Kuda dalam Sepak Takraw"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.