Keimplisitan Ujaran dalam Hikayat Hang Tuah dari Sudut Pragmatik

Sarif, Hussin (2009) Keimplisitan Ujaran dalam Hikayat Hang Tuah dari Sudut Pragmatik. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
436Kb

Abstract

Keimplisitan ujaran bermaksud percakapan yang maksudnya tidak dinyatakan secara terang-terangan Dalam perbualan banyak ujaran yang tidak menyamai dengan maksud semantiknya. Hal ini demikian kerana pentafsiran makna ujaran bukan setakat pada tahap semantik tetapi boleh menjangkau pada tahap pragmatik. Pengkaji menggunakan ujaran-ujaran implisit yang terdapat dalam H. H. T sebagai data kajian. Kajian dilakukan dengan meneroka aspek makna secara lebih khusus iaitu mengenal pasti unsru-unsur implisit, penggunaan unsur implisit dalam menyampaikan mesej dan aspek pemikiran ketika mengujarkan ujaran sedemikian. Pengkaji telah mengaplikasikan teori Relevans oleh Sperber & Wilson (1995) mengambil kira peranan kognitif iaitu melibatkan, konteks, kesan konteks, dan usaha memproses oleh pendengar sebagai kerangka kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak semua ujaran yang dituturkan oleh watak-watak dalam Hikayat Hang Tuah mempunyai makna yang implisit. Namun demikian, ujaran-ujaran yang mempunyai makna implisit menunjukkan bahawa penutur mempunyai mesej tertentu untuk disampaikan kepada pendengar. Makna sebenar ujaran tersebut bergantung kepada peranan kognitif pendengar. Hakikatnya, maksud sebenar sesuatu ujaran itu tidak semestinya berdasarkan makna perkataan yang digunakan dalam ujaran tersebut semata-mata. Dengan perkataan lain, hanya dengan mengkaji konteks, kesan konteks dan set-set andaian oleh penutur akan menjelaskan maksud sebenar yang dihajati oleh penutur. Oleh yang demikian, makna konteks, dan andaian-andaian menjadi penting sebagai petunjuk ke arah mendapatkan maksud sesuatu ujaran. Watak-watak dalam H. H. T., juga telah memanipulasikan penggunaan bentuk-bentuk perkataan dan frasa, peribahasa dan metafora tertentu untuk menyampaikan mesejnya, serta mempunyai niat atau tujuan seperti untuk memberitahu, menyampai maklumat, menyindir, dan melahirkan perasaan. Akhirnya, pengkaji mendapati, beberapa aspek pemikiran orang Melayu dapat di kesan ketika menuturkan ujaran yang implisit. Beberapa ujaran yang dianalisis menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dalam K. M. M amat menekankan konsep seperti taat setia dan tidak menderhaka kepada pemerintah Selain dari itu perasaan malu sebagai sesuatu yang mengaibkan dan sifat bersopan santun dan bertertib adalah sebagai salah satu cara berkomunikasi.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Pragmatics
Subject:Malay literature
Subject:Hikayat Hang Tuah - Criticism textual
Chairman Supervisor:Dr. Zatul Azma Zainon Hamzah
Call Number:FBMK 2010 6
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:10351
Deposited By: kmportal
Deposited On:25 Mar 2011 00:18
Last Modified:27 May 2013 07:45

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 25 Mar 2011 00:18.

View statistics for "Keimplisitan Ujaran dalam Hikayat Hang Tuah dari Sudut Pragmatik"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.